Modul Fizikal
Objektif-objektif Modul Fizikal adalah untuk membina disiplin dalaman melalui unsur regimentasi ala tentera untuk membangun karakter unggul; meningkat motivasi diri untuk menambah keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri; memupuk semangat kerjasama dan kekitaan di kalangan peserta berbilang bangsa, budaya dan agama sebagai langkah ke arah integrasi nasional; dan meningkatkan kefahaman dari segi peranan mereka dalam konteks keselamatan dan pembangunan negara.
Modul Kenegaraan
Objektif-objektif Modul Kenegaraan adalah untuk memahami tentang konsep Negara dan kenegaraan (nation-building), untuk meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda (konsep negara termasuklah Tanah Air, Rakyat, Kerajaan dan Kedaulatan); dan memahami cabaran-cabaran dari dalam dan luar negara Malaysia.
Modul Pembinaan Karakter
Objektif-objektif Modul Pembinaan Karakter adalah untuk membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Terdapat dua sub-komponen iaitu:(ii) Sub-komponen kedua ialah kemahiran pelatih dengan orang lain dalam kehidupan mereka; mengetahui cara berkesan untuk bekerja sebagai ahli pasukan, cara bertindak sebagai pemimpin dan mengatasi masalah di dalam kumpulan
Modul Pembinaan Karakter adalah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina karakter yang berkesan bagi para peserta yang merangkumi diri, keluarga, komuniti dan negara. Terdapat dua komponen yang akan dilalui peserta di mana yang pertama berfokus kepada pembinaan diri dan kedua adalah tentang diri dengan orang lain. Di dalam komponen pertama, peserta melalui proses penerokaan diri sendiri, menyedari dan mengenal pasti ciri-ciri diri (seperti aspek kepimpinan), memperkayakan kekuatan dan memulihkan kelemahan diri. Peserta menyedari tentang penglibatan orang lain dalam kehidupan mereka, mengetahui kemahiran untuk bekerja sebagai ahli satu pasukan, cara bertindak sebagai pemimpin dalam kumpulan, dan mengatasi masalah di dalam kumpulan semasa melalui komponen kedua modul ini. Melalui aktiviti-aktiviti ceramah, permainan, latihan dan lain-lain, peserta belajar tentang kejujuran, membuat pilihan, bertanggungjawab, memimpin, menunaikan janji (komitmen) dan membina keyakinan diri. Modul ini dilaksanakan selama dua minggu dan peserta dipimpin oleh jurulatih.
Modul Khidmat Komuniti
Kehidupan ini tidak akan memberikan sebarang makna sekiranya kita tidak mempunyai kekuatan untuk mencuba sesuatu.” Kesukarelaan dan jatidiri yang kukuh dan padu perlu dijanakan dalam diri setiap individu untuk menyuburkan kekuatan serta keyakinan diri. Dengan itu, sebagai langkah merealisasikan aspirasi tersebut, Program Latihan Khidmat Negara telah dilaksanakan dengan memperkenalkan beberapa modul tertentu kepada para pelatih yang berumur 18 tahun. Salah satu modul yang terdapat dalam pelaksanaan Program latihan Khidmat Negara ialah Modul Khidmat Komuniti . Modul khidmat komuniti mempunyai lima komponen utama iaitu kemudahan awam, kejiranan, khidmat sosial, alam sekitar dan penempatan di Jabatan. Ini bermakna, sepanjang program berjalan, para pelatih akan melalui kelima-lima komponen tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan .
Aktiviti
Bagi melaksanakan aktiviti secara kolektif dan menyeluruh, aktiviti sepanjang siri dibahagikan kepada 5 pecahan komponen supaya wira dan wirawati mampu memahami aspirasi khidmat komuniti di antaranya ialah:
- Kejiranan – Antara projek utama yang dijalankan ialah mengecat dewan orang ramai, pembahagi jalan, menceriakan taman, lawatan ke rumah-rumah jiran di kawasan kampong, melakukan program anak angkat dan pelbagai lagi.
- Kemudahan awam – para pelatih turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti di lokasi-lokasi terpilih. Antaranya ialah pembaikpulihan perhentian bas, pembaikpulihan dewan masyarakat, memberi kesedaran kepada para pelatih dan masyarakat tempatan mengenai kepentingan kemudahan awam melalui ceramah ringkas, gotong-royong di rumah-rumah ibadat seperti masjid, kawasan kubur dan sebagainya.
- Antara aktiviti yang dijalankan dalam komponen ini adalah mendengar taklimat daripada institusi-institusi yang dilawat seperti Bengkel Orang Kurang Upaya, PENGASIH, hospital, klinik-klinik desa dan pelbagai lagi.
- Aktiviti yang paling banyak dilakukan ialah gotong-royong seperti membersihkan, mengindahkan dan menceriakan kawasan sekitar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan