Perhatian kepada semua pengunjung blog kem ini

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Selamat Datang di ucapkan kepada semua pengunjung laman blog Kem PLKN Tangkas Kendiri Kuala kangsar. Blog kem ini diwujudkan untuk memberi input-input berkaitan Program Latihan Khidmat Negara. Untuk makluman, kem ini telah telah beroperasi sejak tahun 2009 hingga kini telah melaksanakan latihan kepada 6 kumpulan yang mana setiap siri pengambilan dilaksanakan sebanyak 3 kumpulan yang disertai seramai hampir 1200 peserta bagi tiap siri / tahun pengambilan dan segala maklumat yang telah dikongsi dan dipaparkan disini adalah terhad dan sekadar untuk pengetahuan umum sahaja.sekian terima kasih - blogger tangkas kendiri

PEMBENTUKAN GENERASI WAWASAN 2020

1.Generasi baru Malaysia adalah generasi negara maju, yang maju dalam pelbagai aspek, kerohanian dan nilai sosial; mengamalkan keadilan sosial; mempunyai perpaduan nasional dan sosial; menjadi bangsa bermaruah dan penuh keyakinan; mempunyai hidup yang bermutu; mempunyai sistem Kerajaan yang mantap; dan mewujudkan kestabilan ekonomi serta politik.

2. Inilah matlamat Wawasan 2020, wawasan tentang generasi Malaysia akan datang yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991 dalam ucapan beliau ëMalaysia: The Way Forwardí sempena persidangan pertama Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur. Di antara perkara penting yang diutarakan ialah untuk menentukan halatuju Malaysia iaitu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya di dalam pelbagai bidang termasuklah kerohanian, psikologi, kebudayaan, sosial, politik dan juga ekonomi menjelang tahun 2020 mengikut acuan sendiri.

3 Sebanyak sembilan (9) cabaran telah dikenalpasti untuk untuk mencapai Wawasan 2020 yang memerlukan komitmen seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat, bangsa dan ugama.

Antara cabaran-cabaran yang dimaksudkan ialah mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu;

  1. mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas,
  2. mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri,
  3. kekuatan menghadapi pelbagai masaalah serta bermoral dan beretika;
  4. mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur,
  5. rakyatpelbagai kaum bebas mengamalkan adat,
  6. kebudayaan dan agama masing- masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan pada satu negara;
  7. mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif;
  8. mewujudkan masyarakat penyayang;
  9. memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan mwujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik dan kental.


4 Di dalam menghadapi cabaran-cabaran yang dinyatakan di atas, Kerajaan telah mengatur langkah dan strategi untuk mempastikan Wawasan Negara dapat dicapai. Ini dapat dilihat melalui dasar-dasar yang diperkenalkan seperti Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Wawasan Negara dan sebagainya.

MEKANISME PELAKSANAAN PLKN

PLKN, Akta Latihan Khidmat Negara telah digubal, Majlis Latihan Khidmat Negara dan Jabatan Latihan Khidmat Negara ditubuhkan.

Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628)
Akta Latihan Khidmat Negara (ALKN) 2003 di luluskan oleh Parlimen dan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong pada 29 Julai 2003. Pada 7 Ogos 2003 Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628) diwartakan. Akta ini adalah bertujuan untuk melicinkan lagi pelaksanaan PLKN di mana ianya merangkumi proklamasi pemilihan pelatih, pengecualian dan penangguhan, penubuhan Majlis Latihan Khidmat Negara dan Jabatan Latihan Khidmat Negara, cuti, perlantikan jurulatih dan hukuman / penalti.

Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN)
MLKN yang ditubuhkan di bawah Seksyen 5 Akta Latihan Khidmat Negara adalah berfungsi untuk:
(i) Melaksanakan fungsi yang diberikan oleh atau di bawah Akta dan sebagai penasihat kepada Menteri mengenai perkara yang berkaitan dengan latihan khidmat negara; dan
Bagi mencapai objektif-objektif PLKN selaras dengan konsep dan falsafah
8(ii) Melaksanakan dan menguatkuasakan arahan Menteri selaras dengan Akta Latihan Khidmat Negara.

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)
JLKN diletakkan di bawah Kementerian Pertahanan adalah sebagai agensi pelaksana dan mempunyai pelbagai fungsi seperti berikut:
(i) Menggubal dasar dan peraturan mengenai pelaksanaan; Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan;
(ii) Merancang dan menyelaras keperluan guna tenaga kerja, infrastruktur, kemudahan, peralatan dan kelengkapan latihan;
(iii) Membangunkan dan menyelenggara sistem maklumat serta menyimpan rekod-rekod mengenai peserta, jurulatih, staf pengurusan dan sokongan;
(iv) Merancang, menyelaras dan melaksanakan program latihan untuk jurulatih serta menguruskan penempatan mereka di kem-kem
latihan; dan
(v) Mengkaji dan menilai keberkesanan pelaksanaan PLKN dan
menggunakan maklumbalas untuk penambahbaikan.

Peraturan-Peraturan Tetap PLKN

PERKARA-PERKARA YANG DILARANG DIBAWA SEMASA LATIHAN

Peserta-peserta tidak dibenarkan sama sekali membawa, menyimpan, mengambil atau memiliki perkara-perkara berikut :

  • Barang-barang atau alat-alat yang merbahaya seperti senjata tajam dan sebagainya di sepanjang tempoh latihan.
  • Minuman keras, dadah serta rokok.
  • Bahan-bahan lucah ; dan
  • Dokumen serta bahan-bahan pencetak yang berunsurkan politik dan perkauman dan perkara-perkara lain yang boleh menimbulkan provokasi.

Peserta-peserta tidak digalakkan memakai da membawa perkara-perkara berikut :

  • Barang-barang kemas ;
  • Wang tunai yang tidak melebihi RM200.00; dan
  • Telefon selular

Perhatian : Jika peserta membawa barang-barang yang mana-mana tersebut di atas, peserta diminta untuk menyerahkannya kepada pihak pengurusan kem. Sebarang kegagalan untuk menyerahkan barangan jika berlaku kehilangan semasa latihan adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri.

Logo PLKN

  • Konsep logo yang cuba ditonjolkan ialah api yang sedang membara melambangkan semangat patriotisme.
  • Bentuk api dihasilkan dengan jalur merah melambangkan 3 suku kaum utama di Malaysia bersatu padu mempertahankan negara.
  • Bentuk bulat berwarna biru menandakan perpaduan yang erat antara yang terjalin antara kaum.
  • Bentuk bulan dan bintang pula melambangkan kedaulatan negara yang harus dipertahankan oleh semua pihak.
  • Perkataan KHIDMAT NEGARA dibentuk mencakupi bentuk api tadi bagi melambangkan misi dan visi yang akan dilaksanakan.

Kurikulum Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Kurikulum Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)


Modul Latihan Program Latihan Khidmat Negara


Modul Fizikal

Objektif-objektif Modul Fizikal adalah untuk membina disiplin dalaman melalui unsur regimentasi ala tentera untuk membangun karakter unggul; meningkat motivasi diri untuk menambah keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri; memupuk semangat kerjasama dan kekitaan di kalangan peserta berbilang bangsa, budaya dan agama sebagai langkah ke arah integrasi nasional; dan meningkatkan kefahaman dari segi peranan mereka dalam konteks keselamatan dan pembangunan negara.

Aktiviti ñ aktiviti yang dijalankan di bawah modul ini termasuklah kawad- untuk meningkatkan disiplin diri, bekerja dalam satu pasukan dan menguji ketahanan mental, emosi dan fizikal; aktiviti litar tali tinggi dan rendah untuk membentuk disiplin diri, meningkatkan keyakinan dan kepercayaan diri serta motivasi diri, kerja berpasukan dan lain-lain; sukan Kreativiti untuk teknik- teknik penyelesaian masalah, kerja berpasukan, pembelajaran melalui kaedah penyelesaian masalah (problem-based learning); kraf hutan untuk teknik ikhtiar hidup, menganalisis sesuatu perkara, kerja berpasukan, membuat perancangan, melaksana dan memantau; tempur tanpa senjata untuk mempertahankan diri, membentuk disiplin diri dan ketahanan diri; latihan pertolongan cemas untuk mempelajari ilmu dan kemahiran merawat; aktiviti air untuk membentuk disiplin diri, membina keyakinan diri, kerja berpasukan dan juga memecah fobia pada air (bagi sesetengah pelatih); dan kembara halangan untuk menguji ketahanan mental dan fizikal, kerja berpasukan, menyusun strategi, membina disiplin dan keyakinan diri.


Modul Kenegaraan

Objektif-objektif Modul Kenegaraan adalah untuk memahami tentang konsep Negara dan kenegaraan (nation-building), untuk meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda (konsep negara termasuklah Tanah Air, Rakyat, Kerajaan dan Kedaulatan); dan memahami cabaran-cabaran dari dalam dan luar negara Malaysia.


Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) seperti perbincangan dalam kumpulan, lawatan, simulasi, lakonan, dinamik kumpulan, menonton gambar, melukis, berdebat, mentafsir peristiwa dan lain- lain. LDK digunakan untuk memahami konsep NEGARA dan cabaran-cabaran dalam dan luar negara seperti berikut;
i. Konsep Negara - Tanah Air adalah untuk menimbulkan perasaan bangga dan sayang kepada tanah air hingga sanggup mempertahankannya.
ii. Konsep Negara - Rakyat adalah untuk mencapai perpaduan, membina perasaan kasih dan sayang sesama etnik dan antara etnik, menganalisis fakta tentang etnik, membincangkan perbezaan dan persamaan, mengkaji cara-cara untuk mengharmonikan keadaan, ciri-ciri rakyat yang berkesan, cara rakyat menyumbang kepada negara, perubahan dunia dan kesan kepada rakyat
iii. Konsep Negara - Kerajaan adalah untuk memahami bagaimana kerajaan terpilih, prosesnya, jenteranya, bagaimana kerajaan mentadbir negara (tanah air, rakyat, kedaulatan) ini, sistem pentadbiran, undang- undang, perlembagaan dan lain-lain.
iv. Konsep Negara - Kedaulatan adalah untuk memahami maksud kedaulatan, kepentingan Malaysia sebagai negara bebas untuk menentukan arahnya sendiri dan bukannya dijajah negara lain.
v. Membincangkan cara-cara menangani cabaran, mengubah ancaman kepada peluang

Modul Pembinaan Karakter
Objektif-objektif Modul Pembinaan Karakter adalah untuk membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Terdapat dua sub-komponen iaitu:

(i) Sub-komponen pertama ialah pembinaan diri di mana pelatih melalui proses penerokaan diri sendiri, menyedari dan mengenal pasti ciri-ciri diri (seperti aspek kepimpinan), meneguhkan kekuatan dan memulihkan kelemahan diri; dan

(ii) Sub-komponen kedua ialah kemahiran pelatih dengan orang lain dalam kehidupan mereka; mengetahui cara berkesan untuk bekerja sebagai ahli pasukan, cara bertindak sebagai pemimpin dan mengatasi masalah di dalam kumpulan

Modul Pembinaan Karakter adalah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina karakter yang berkesan bagi para peserta yang merangkumi diri, keluarga, komuniti dan negara. Terdapat dua komponen yang akan dilalui peserta di mana yang pertama berfokus kepada pembinaan diri dan kedua adalah tentang diri dengan orang lain. Di dalam komponen pertama, peserta melalui proses penerokaan diri sendiri, menyedari dan mengenal pasti ciri-ciri diri (seperti aspek kepimpinan), memperkayakan kekuatan dan memulihkan kelemahan diri. Peserta menyedari tentang penglibatan orang lain dalam kehidupan mereka, mengetahui kemahiran untuk bekerja sebagai ahli satu pasukan, cara bertindak sebagai pemimpin dalam kumpulan, dan mengatasi masalah di dalam kumpulan semasa melalui komponen kedua modul ini. Melalui aktiviti-aktiviti ceramah, permainan, latihan dan lain-lain, peserta belajar tentang kejujuran, membuat pilihan, bertanggungjawab, memimpin, menunaikan janji (komitmen) dan membina keyakinan diri. Modul ini dilaksanakan selama dua minggu dan peserta dipimpin oleh jurulatih.


Modul Khidmat Komuniti

Kehidupan ini tidak akan memberikan sebarang makna sekiranya kita tidak mempunyai kekuatan untuk mencuba sesuatu.” Kesukarelaan dan jatidiri yang kukuh dan padu perlu dijanakan dalam diri setiap individu untuk menyuburkan kekuatan serta keyakinan diri. Dengan itu, sebagai langkah merealisasikan aspirasi tersebut, Program Latihan Khidmat Negara telah dilaksanakan dengan memperkenalkan beberapa modul tertentu kepada para pelatih yang berumur 18 tahun. Salah satu modul yang terdapat dalam pelaksanaan Program latihan Khidmat Negara ialah Modul Khidmat Komuniti . Modul khidmat komuniti mempunyai lima komponen utama iaitu kemudahan awam, kejiranan, khidmat sosial, alam sekitar dan penempatan di Jabatan. Ini bermakna, sepanjang program berjalan, para pelatih akan melalui kelima-lima komponen tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan .

Aktiviti
Bagi melaksanakan aktiviti secara kolektif dan menyeluruh, aktiviti sepanjang siri dibahagikan kepada 5 pecahan komponen supaya wira dan wirawati mampu memahami aspirasi khidmat komuniti di antaranya ialah:

  1. Kejiranan – Antara projek utama yang dijalankan ialah mengecat dewan orang ramai, pembahagi jalan, menceriakan taman, lawatan ke rumah-rumah jiran di kawasan kampong, melakukan program anak angkat dan pelbagai lagi.
  2. Kemudahan awam – para pelatih turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti di lokasi-lokasi terpilih. Antaranya ialah pembaikpulihan perhentian bas, pembaikpulihan dewan masyarakat, memberi kesedaran kepada para pelatih dan masyarakat tempatan mengenai kepentingan kemudahan awam melalui ceramah ringkas, gotong-royong di rumah-rumah ibadat seperti masjid, kawasan kubur dan sebagainya.
  3. Antara aktiviti yang dijalankan dalam komponen ini adalah mendengar taklimat daripada institusi-institusi yang dilawat seperti Bengkel Orang Kurang Upaya, PENGASIH, hospital, klinik-klinik desa dan pelbagai lagi.
  4. Aktiviti yang paling banyak dilakukan ialah gotong-royong seperti membersihkan, mengindahkan dan menceriakan kawasan sekitar.


Komponen Kerohanian
Komponen kerohanian adalah bertujuan untuk membantu pelatih supaya memahami prinsip pertama Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan; memahami perkaitan agama dengan objektif PLKN; mempelajari fitrah kejadian manusia dalam aqidah dan tauhid bagi pelatih yang berugama islam. Manakala pelatih bukan Islam mempelajari tentang agama masing-masing; memahami dan mengaplikasi akhlak Islamiah (termasuklah cara beradab, melaksanakan fardhu kifayah, mengaplikasikan kecintaan kepada harta benda awam dan negara) bagi pelatih islam; dan mempelajari cara mengaplikasikan pengetahuan agama dalam kehidupan harian bagi pelatih bukan islam.

Komponen Kebudayaan
Komponen kebudayaan ini bertujuan untuk pelatih menyampaikan mesej kecintaan dan memanifestasikan perasaan terhadap pemimpin, bangsa dan tanah air; mengaplikasikan nilai-nilai murni semasa bekerja sebagai satu pasukan; menghasilkan kerja yang kreatif dan berfikiran kritis; dan memahami kepentingan pemikiran kritis dan daya kreativiti untuk menempuhi cabaran dalam kehidupan.

Program Integrasi
Objektif program ini adalah untuk membolehkan pelatih memahami pelbagai budaya kaum-kaum seperti Melayu Cina, Baba dan Nyonya, India, Portugis, Kadazan, Iban; memahami pelbagai agama seperti agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh; dan memahami peranan, persamaan dan perbezaan antara kaum lelaki dan perempuan.

Program Sistem Nilai
Objektif program ini adalah untuk membolehkan pelatih memahami konsep nilai, sistem nilai, kegunaan dan kelebihannya; mengenali nilai diri, membentuk nilai dan maruah diri serta menghormati nilai orang lain; melihat nilai dalam perlakuan harian mereka; membentuk nilai pasukan, nilai bersama (shared values); menghargai nilai; dan mengaplikasikan nilai berkesan / positif.

Program Titian Integrasi
Objektif program adalah untuk pelatih dari semenanjung yang ditempatkan di kem-kem di Sabah dan Sarawak dan sebaliknya akan disediakan keluarga angkat bagi mengurangkan perasaan rindu (home-sick), kebosanan dan tekanan sepanjang pelaksanaan PLKN. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) di mana keluarga angkat diperolehi dari kawasan Rukun Tetangga yang tinggal berdekatan dengan kem-kem untuk melawat pelatih yang menjadi ëanak angkatí pada hari- hari melawat yang dibenarkan, iaitu dua kali setiap bulan. Keluarga Angkat tidak dibenarkan membawa pelatih balik ke rumah.

Latihan Pendedahan Pengendalian Senjata Colt M 16
Latihan ini adalah bertujuan untuk pelatih mendapat pengalaman menggunakan senjata bagi memantapkan lagi semangat patriotisme; memantapkan / meningkatkan disiplin / keyakinan diri; melatih menguruskan diri secara sistematik dan teratur; dan melatih bekerja sebagai satu pasukan.
Berdasarkan kejayaan satu Projek Perintis Program Pengenalan Pengendalian Senjata yang telah dilaksanakan di enam buah kem yang terpilih seluruh negara pada Ogos 2005 hingga 14 September 2005 yang lalu, mulai
Kumpulan 3 Siri 3/2006, semua pelatih di kesemua kem seluruh negara akan mengambil bahagian di dalam Latihan Pendedahan Pengendalian Senjata Colt M 16.Memandangkan latihan ini adalah berisiko tinggi, aspek keselamatan sentiasa diutamakan. Di bawah program latihan ini, pelatih diajar diberikan pengajaran secara teori tentang rupa bentuk dan kelakuan senjata serta langkah-langkah keselamatan semasa di kem; pelatih juga diberikan latihan amali yang meliputi tatacara memegang senjata dengan teknik yang betul, mengisi dan mengeluarkan peluru, posisi semasa menembak, menenang (focusing) sasaran, memahami arahan bersedia untuk menembak dan menentukan kunci keselamatan; setiap pelatih akan dibenarkan menembak dengan menggunakan peluru kosong (blank); mengamalkan teknik untuk tindakan serta-merta apabila menembak dan prosidur keselamatan selepas menembak. Pelatih dibenarkan untuk menembak di lapangsasar hanya selepas mendapat pengajaran dari segi teori, latihan amali dan latihan ulangkaji. Ini adalah untuk memastikan pelatih benar-benar faham dan juga untuk membolehkan jurulatih mengenal-pasti pelatih yang memerlukan prosedur khas seperti mereka yang kidal, yang rabun, terlalu gementar dan lain-lain.

Objektif

OBJEKTIF

Program Khidmat Negara akan dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah digariskan seperti berikut:

  1. Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
  2. Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
  3. Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
  4. Menyemarakkan semangat kesukarelaan.
  5. Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.

Perlaksanaan

Dalam melaksanakan Program Khidmat Negara ini, beberapa aspek penting telah diambil kira iaitu seperti:

  1. Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama.
  2. Pelaksanaan telah dimulakan pada tahun 2004.
  3. Kemudahan infrastruktur latihan dan kemudahan-kemudahan asrama seperti yang terdapat di kem-kem PLKN seluruh negara.
  4. Implikasi kewangan.
  5. Menghadkan kesan ke atas sistem pembelajaran yang sedang berjalan.
  6. Guna tenaga dari segi kepakaran dan pengalaman.

Akta Latihan Khidmat Negara 2003

Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628) (Pindaan) 2009 (A1354)

Pendahuluan

  1. Bagi maksud melaksanakan Program Khidmat Negara ini satu akta baru yang dinamakan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 telah digubal yang bertujuan untuk membolehkan pendaftaran dan kehadiran seseorang itu diwajibkan.

Pengisytiharan

  1. Kewajipan bagi warga Malaysia mengikuti latihan ini tertakluk kepada pengisytiharan yang dibuat oleh Yang Di Pertuan Agong yang menetapkan had umur tertentu. Dalam akta ini had umur yang ditetapkan ialah bagi mereka yang berumur tidak kurang 16 tahun dan tidak melebihi 35 tahun yang diwajibkan mengikuti Program Khidmat Negara.

  2. Akta ini juga memberi ruang pengecualian bagi sebab-sebab tertentu. Bagi maksud pengecualian dari mengikuti latihan ini, Menteri melalui warta boleh mengecualikan seseorang atau kategori seseorang daripada pelaksanaan akta ini.

Majlis Latihan Khidmat Negara

  1. Majlis Latihan Khidmat Negara ini akan melaksanakan fungsinya sebagaimana yang dianugerahkan oleh akta dan bertanggungjawab untuk menasihatkan Menteri dalam semua perkara berhubung Latihan Khidmat Negara. Menteri juga dari masa ke semasa akan memberi arahan dan menjadi tanggungjawab Majlis untuk mematuhinya.

  2. Ahli-ahli Majlis ini dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong atas saranan Menteri.

a. Seorang Pengerusi.

b. Ahli tidak melebihi 10 orang iaitu 5 ahli mewakili kerajaan dan tidak kurang dari 3 atau tidak lebih dari 5
ahli mewakili kumpulan etnik utama di Malaysia.

c. Perlantikan ahli-ahli adalah untuk tiga tahun dan boleh dilantik semula.

Jabatan Latihan Khidmat Negara

  1. Ketua Pengarah yang akan dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong atas saranan Menteri. Sementara itu bagi jawatan Timbalan Ketua Pengarah dan lain-lain pegawai adalah berada di bawah kuasa lantikan oleh Menteri.

Latihan Khidmat Negara dan Hukuman

  1. Melalui akta ini Menteri diberi kuasa untuk mengeluarkan arahan yang menghendaki semua atau sebarang kategori peserta yang perlu menghadiri latihan khidmat negara.

  2. Akta ini memperuntukkan hukuman yang akan dikenakan ke atas seseorang yang telah dipanggil untuk latihan tetapi gagal menghadirkan diri. Sekiranya seseorang itu disabitkan kesalahan ia hendaklah diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat.

  3. Seseorang yang melakukan kesalahan dengan meninggalkan latihan tanpa kebenaran dan jika disabitkan kesalahan ianya hendaklah diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat.

  4. Mana-mana orang yang menghasut, berhasrat menghasut, menyebabkan atau cuba menyebabkan seseorang untuk meninggalkan latihan tanpa kebenaran, jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM 3000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya.

  5. Bagi seseorang yang sedang menjalani latihan khidmat negara yang memujuk, berikhtiar untuk memujuk, menyebabkan atau cuba menyebabkan seseorang meninggalkan latihan tanpa kebenaran, jika disabitkan kesalahan hendaklah diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat.

Penangguhan Mengikuti Latihan

  1. Menteri boleh membuat peraturan bagi membolehkan seseorang itu memohon penangguhan dari mengikuti latihan. Seseorang itu boleh memohon kepada pihak berkuasa satu sijil penangguhan tersebut. Manakala itu, sebarang rayuan untuk menangguhkan latihan hanya boleh diputuskan oleh Majlis Latihan Khidmat Negara.

Cuti Dari Pekerjaan

  1. Bagi mengelakkan gangguan atau kehadiran peserta terhalang, maka akta ini menetapkan tanggungjawab majikan untuk membenarkan pekerjanya mengikuti Latihan Khidmat Negara. Pekerja terlibat akan menikmati semua gajinya dan lain-lain imbuhan atau cuti tahunan untuk tidak lebih 30 hari semasa mengikuti latihan.

  2. Majikan yang secara langsung atau tidak langsung, enggan membenarkan cuti atau melanggar perkara di atas adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak kurang dua kali ganda bayaran atau imbuhan yang sepatutnya diterima oleh seseorang yang dipanggil untuk latihan atau penjara tidak lebih 2 bulan atau kedua-duanya.

Perlantikan Jurulatih

  1. Menteri boleh melantik jurulatih-jurulatih yang terdiri dari pegawai awam atau pegawai badan berkanun dan mana-mana individu untuk menjadi jurulatih. Jangkamasa dan syarat perkhidmatan jurulatih akan ditentukan oleh Menteri. Adalah menjadi tanggungjawab bagi seseorang itu untuk mematuhi arahan Menteri untuk menjadi jurulatih dan sebarang keingkaran akan disabit kesalahan dan boleh dihukum.

Pelbagai

  1. Seseorang adalah dianggap melakukan kesalahan apabila menyebabkan kecederaan atau kecacatan atau memberikan dadah kepada seseorang yang bertanggungan menjalani latihan khidmat negara dengan niat menjadikannya tidak upaya dari mengikuti latihan. Ini termasuk membuat kenyataan palsu mengenai keadaan kesihatan seseorang. Seseorang yang disabit kesalahannya boleh dipenjara untuk selama tidak melebihi 10 tahun.

  2. Mana- mana orang yang bertanggungan menjalani latihan khidmat negara yang mencacatkan atau mencederakan dirinya atau memberi dadah kepada dirinya sendiri dengan niat menjadikannya tidak upaya dari mengikuti latihan juga melakukan kesalahan. Mana- mana orang yang disabit kesalahannya boleh diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat.

  3. Seseorang yang memberi kenyataan palsu atau mempunyai dokumen menyerupai dengan niat menipu melakukan kesalahan dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya. Manakala hukuman bagi mana- mana orang yang bertanggungan menjalani latihan khidmat negara yang sabit kesalahan yang sama hendaklah diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat.

  4. Seseorang yang disabitkan atas kesalahan cuba melakukan atau membantu melakukan sebarang kesalahan di bawah akta ini boleh dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan tersebut.

  5. Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah akta ini yang mana tiada denda disebut secara jelas hendaklah atas sabitan kesalahannya didenda tidak lebih RM1000 atau penjara tidak lebih 3 bulan atau kedua-duanya. Manakala hukuman bagi mana- mana orang yang bertanggungan menjalani latihan khidmat negara yang mana tiada denda disebut secara jelas serta sabit kesalahan yang sama hendaklah diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat.

  6. Yang Di Pertuan Agong boleh membuat peraturan untuk menetapkan apa- apa jua yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini dan menjelaskan sebarang pelaksanaan peruntukan- peruntukan Akta ini.


P.U. (A) 445.

PROKLAMASI

OLEH SERI PADUKA BAGINDA YANG
DI-PERTUAN AGONG,
DENGAN KURNIA ALLAH, KETUA UTAMA NEGARA
BAGI NEGERI-NEGERI DAN WILAYAH-WILAYAH
MALAYSIA

TUANKU SYED SIRAJUDDIN PUTRA JAMALULLAIL
Yang di-Pertuan Agong

BAHAWASANYA seksyen 3 Akta Latihan Khidmat Negara 2003 [Akta 628], memperuntukkan bahawa BETA boleh dari semasa ke semasa, melalui proklamasi, mengarahkan bahawa, melainkan jika Akta itu memperuntukkan selainnya, tiap-tiap orang yang-

(a) pada tarikh proklamasi ini, telah mencapai umur yang ditentukan dalam proklamasi ini, yang tidak kurang daripada enam belas tahun, tetapi belum mencapai umur yang ditentukan dalam proklamasi ini, yang tidak lebih daripada tiga puluh lima tahun; dan
(b) merupakan warganegara atau pemastautin tetap di Malaysia,

hendaklah bertanggungan untuk menjalani Latihan Khidmat Negara di bawah Akta itu.

MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, BETA, TUANKU SYED SIRAJUDDIN PUTRA JAMALULLAIL , dengan Kurnia Allah, Yang di-Pertuan Agong bagi Negeri-Negeri dan Wilayah-Wilayah Malaysia, pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada BETA sebagaimana yang tersebut di atas, membuat proklamasi yang berikut:

“Semua warganegara Malaysia yang, pada tarikh proklamasi ini, telah mencapai umur enam belas tahun dan sebelas bulan tetapi belum mencapai umur lapan belas tahun diarahkan hendaklah bertanggungan untuk menjalani latihan khidmat negara di bawah Akta Latihan Khidmat Negara 2003.”.

DIPERBUAT di Istana Negara Beta di Kuala Lumpur, Ibu Kota Persekutuan, pada satu hari bulan Disember, dua ribu tiga.

[KP/JLKN/(UPKN)(R)17/847/39; PN(PU2)635]

Dengan Titah Perintah Baginda

DATO’ SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
Menteri Pertahanan


P.U. (A) 446.

AKTA LATIHAN KHIDMAT NEGARA 2003

PERINTAH LATIHAN KHIDMAT NEGARA (ORANG YANG DIKEHENDAKI MENJALANI LATIHAN KHIDMAT NEGARA) 2003

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 16 Akta Latihan Khidmat Negara 2003 [ Akta 628 ], Menteri membuat perintah yang berikut:

Nama dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Latihan Khidmat Negara (Orang Yang Dikehendaki Menjalani Latihan Khidmat Negara) 2003.

(2) Perintah ini mula berkuat kuasa pada 8 Disember 2003.

Orang Yang Dikehendaki Menjalani Latihan Khidmat Negara

2. Orang yang bertanggungan untuk menjalani Latihan Khidmat Negara oleh sebab proklamasi yang dibuat di bawah seksyen 3 Akta, yang dilahirkan dalam tabun 1986 dan telah dipilih melalui sistem pemilihan komputer dikehendaki untuk menjalani Latihan Khidmat Negara.

Dibuat 4 Disember 2003

[KP/JKLN(UPKN)(R)17/847; PN(PU2)635]

DATO’ SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
Menteri Pertahanan


P .U. (B) 355.

AKTA LATIHAN KHIDMAT NEGARA 2003

PEMBERITAHUAN PENGECUALIAN DI BAWAH SUBSEKSYEN 4(1)

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 4(1) Akta Latihan Khidmat Negara 2003 [ Akta 628 ], Menteri mengecualikan kategori orang yang dinyatakan dalam Jadual daripada kuat kuasa Akta.

JADUAL

  1. Orang bercelaru mental di bawah Ordinan Kecelaruan Mental 1952 [ Ord. 31/1952 ], pesakit mental di bawah Ordinan Kesihatan Mental (Sarawak) 1961 [ Ord. Sarawak 16/1961 ] atau orang gila di bawah Ordinan Orang Gila (Sabah) 1951 [ Bab 74 Sabah ].
  • Orang yang telah diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan mengalarni kecacatan fizikal yang menyebabkan dia tidak berupaya menjalani latihan khidmat negara.
  • Orang yang menjalani hukuman pemenjaraan.
  • Orang yang menjalani tahanan di bawah mana-mana undang-undang yang pada masa ini berkuat kuasa yang berhubungan dengan tahanan pencegahan.
  • Orang yang menjalani rawatan dan pemulihan atau yang menjalani jagaan lanjutan di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 [ Akta 283 ].
  • Orang yang menjalani tahanan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [ Akta 612 ].
  • Orang yang telah diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan menghidapi penyakit yang boleh membawa maut.
  • Orang yang telah diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan menghidapi penyakit berjangkit di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [ Akta 342 ].
  • Bertarikh 22 November 2003

    [KP/JLKN(UPKN)(R)17/847/39; PN(PU2)635]

    DATO’ SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
    Menteri Pertahanan





    Fungsi

    • Menggubal dasar dan peraturan-peraturan mengenai perlaksanaan Program Khidmat Negara.
    • Menguruskan penubuhan Majlis Khidmat Negara, pelantikan, kemudahan dan faedah untuk ahli majlis sepertimana yang ditetapkan dalam akta Khidmat Negara .
    • Menyediakan kurikulum program yang akan dilaksanakan berdasarkan kepada komponen yang ditetapkan.
    • Merancang penyediaan kemudahan-kemudahan, infrastruktur, keperluan logistik, peralatan-peralatan dan kelengkapan yang diperlukan untuk pelaksanaan Program Khidmat Negara.
    • Merangka system maklumat yang diperlukan bagi menyimpan rekod-rekod semua warga negara yang berumur 18 tahun pada tahun program latihan dilaksanakan.
    • Mengkaji dan mencadangkan kaedah pemilihan peserta.
    • Memantau, mengkaji, menilai dan menyediakan laporan keberkesanan pelaksanaan Program Khidmat Negara.
    • Membentuk remaja yang mempunyai sifat jati diri dan semangat patriotisme dan cintakan negara.
    • Merealisasikan hasrat negara untuk memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
    • Membentuk perwatakan positif kepada remaja menerusi nilai-nilai murni dalam Program Latihan Khidmat Negara.
    • Menyediakan Program Latihan Khidmat Negara terancang dengan penyediaan keperluan yang berkesan kearah mencapai matlamat dasar Latihan Khidmat Negara.

    Visi & Misi

    VISI JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA

    Menjadi Organisasi terunggul dalam melahirkan bangsa Malaysia

    MISI JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA

    Memastikan Program Latihan Khidmat Negara Dilaksanakan Dengan Cekap Dan Berkesan

    Organisasi JLKN




    Carta Organisasi Jabatan Latihan Khidmat Negara

    Latar Belakang

    Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 30 Oktober 2002 telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Khidmat Negara yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan untuk mengkaji perkara-perkara berkaitan perundangan, kurikulum, kemudahan-kemudahan dan peruntukan kewangan yang diperlukan bagi perlaksanaan Program Latihan Khidmat Negara.

    Kumpulan sasaran yang telah dikenalpasti untuk menyertai program ini adalah terdiri daripada remaja yang lahir pada tahun 1986 atau lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berumur 18 tahun pada tahun 2004.

    Adalah dianggarkan terdapat seramai 450,000 orang golongan remaja dalam lingkungan usia ini untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Walau bagaimanapun, oleh kerana kemudahan-kemudahan infrastruktur yang diperlukan tidak mencukupi, maka buat permulaan dianggarkan hanya seramai 84,000 orang peserta sahaja yang akan dipilih untuk mengikuti program ini.


    Daerah Kuala Kangsar

    Kuala Kangsar adalah merupakan Bandar DiRaja dan bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk tempatan dan IKS (Industri Kecil dan Sederhana)yang menarik. Terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari Ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa. Kuala Kangsar dapat dihubungi melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), jalan persekutuan dan melalui kemudahan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

    Kuala Kangsar juga merupakan sebuah daerah yang ditadbir oleh Pejabat Daerah Kuala Kangsar dan bagi kawasan perbandaran ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Pusat pertumbuhan utama daerah adalah Bandar Kuala Kangsar, Sungai Siput (U), Padang Rengas, Manong, Sauk, Karai, Salak, Lintang dan Lasah. Bandar Sungai Siput (U) merupakan pusat pertumbuhan kedua terbesar selepas Bandar Kuala Kangsar.

    Aktiviti ekonomi utama adalah terdiri daripada aktiviti pertanian.

    Terdapat 9 buah Mukim di dalam kawasan Daerah Kuala Kangsar iaitu:

    1. Mukim Chegar Galah
    2. Mukim Kota Lama Kiri
    3. Mukim Lubok Merbau
    4. Mukim Kampung Buaia
    5. Mukim Senggang
    6. Mukim Sayong
    7. Mukim Kota Lama Kanan
    8. Mukim Sungei Siput
    9. Mukim Pulau Kemiri


    Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar, Perak


    Istana Iskandariah Bukit Chandan

    Negeri Perak lahir dari aliran air yang menebing di Sungai Perak daripada puncaknya di Ulu Belum hinggalah ke muaranya di Selat Melaka. Dari zaman awal lagi orang tertarik dengan keistimewaan sungai ini lalu memudikinya sambil mencari tebing yang baik untuk mendarat. Mereka adalah peneroka yang datang membuka tempat baru dan berinteraksi dengan pribumi hingga menjadi orang Perak seperti yang ada sekarang.

    Mereka memudik dengan sampan hingga sampai ke suatu anak sungai di tebing kiri Sungai Perak. Dalam kiraan mereka kuala sungai ini adalah bersempena, lebih-lebih lagi tebingnya rendah, tanahnya subur dan permandangannya sungguh indah. Kebetulan mengikut kiraan mereka kuala sungai ini ialah yang ke seratus kurang satu, atau 'Kuala Kurang Sa'. Kononnya itulah nama asalnya, "Kuala Kurang Sa" dan kemudiannya disebut "Kuala Kangsar" sahaja. Namun begitu terdapat versi mengatakan mengambil sempena nama pokok kangsar yang banyak tumbuh di tebing-tebing sungai.

    Walaubagaimanapun, Kuala Kangsar sebenarnya adalah satu lokasi yang sangat baik, bukan sahaja sesuai sebagai tempat mendarat, tetapi memang baik untuk penempatan, untuk bercucuk tanam, untuk pusat perniagaan. Di daratnya seseorang boleh meneruskan perjalanan menyusur sungai hingga ternampak Gunung Pondok di Padang Rengas, iaitu satu mercutanda yang memandu orang dalam perjalanan ke Larut ataupun dari Larut.

    Berdasarkan keistimewaan ini kita membuat kesimpulan bahawa Kuala Kangsar dan kawasan di sekelilingnya adalah tempat tua, sudah berabad-abad lamanya didiami orang.Pokok getah yang pertama ditanam di Malaysia yang kini berusia lebih 100 tahun masih hidup subur di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar. Saiznya tiga atau empat pemeluk.

    Wakil Rakyat

    Parlimen Malaysia

    Dewan Undangan Negeri Perak

    • N.34 BUKIT CHANDAN - YB. Wan Mohammad Khair-il Anuar (Barisan Nasional BN)
    • N.35 MANONG - YB. Dato' Ramly Bin Zahari (Barisan Nasional BN)


    Rekreasi / Pelancongan

    Muzium Di Raja / Istana Kenangan

    Terdapat beberapa kawasan pelancongan dan rekreasi di Kuala Kangsar

    Bot Penambang Sungai Perak (Foto Ihsan Chan Sow Yan)

    Anda juga boleh menaiki bot penambang menyusuri tebing Sungai Perak.

    • Galeri Sultan Azlan Shah ( SAS )

    Industri Kraftangan

    Kemudahan-kemudahan

    Pendidikan

    Institusi pendidikan di Kuala Kangsar termasuk:

    Pengangkutan

    • Stesen Keretapi Kuala Kangsar
    • Hentian Bas Tempatan / Ekspres
    • Pengangkutan Air (Perahu) iaitu menghubungkan Sayong dengan bandar Kuala Kangsar

    Dalam Daerah Kuala Kangsar, terdapat 5 buah jambatan yang dibina merentangi Sungai Perak.

    • Jambatan Iskandar dibina tahun 1928
    • Jambatan Sultan Azlan Shah (laluan Lebuhraya Utara Selatan)
    • Jambatan Sultan Abdul Jalil (menghubungkan bandar ini dengan Kampung Sayong)
    • Jambatan Victoria (jambatan keretapi pertama di Malaysia)
    • Jambatan Keretapi Landasan Berkembar

    Masjid

    Pejabat pos

    • Pejabat Pos Kuala Kangsar

    Bekalan elektrik

    • Tenaga Nasional Bhd,Bangunan Tenaga Nasional Bhd, Jalan Sultan Iskandar Shah, 33000 Kuala Kangsar
    • Tenaga Nasional Bhd,Istana Iskandariah, Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar
    • Tenaga Nasional Bhd,No. 5276, Jalan Istana, Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar
    • Tenaga Nasional Bhd,No. 831, Jalan Lubuk Merbau, Simpang Lawin, 33000 Kuala Kangsar

    Perkhidmatan kesihatan

    • Hospital Daerah Kuala Kangsar, Jalan Sultan Idris Shah, 33000 Kuala Kangsar
    • Klinik Kesihatan dan Pergigian
    • Farmasi Kangsar Sdn Bhd,No. 29, Jalan Kangsar, 33000 Kuala Kangsar
    • Healthtronics (M) Sdn Bhd,JKR1127, Hospital Daerah Kuala Kangsar, Jalan Sultan Idris Shah, 33000 Kuala Kangsar
    • Kedai Ubat Swee On,No. 64, Jalan Kangsar, 33000 Kuala Kangsar
    • Pusat Perubatan Homoeopathy Kuala Kangsar,1st Floor, Perhentian Bas, Jalan Raja Bendahara, Bandar Baru, 33000 Kuala Kangsar
    • Remedi Pharmaceuticals (M) Sdn Bhd,JKR1127, Hospital Daerah Kuala Kangsar, Jalan Sultan Idris Shah, 33000 Kuala Kangsar

    Koperasi / Persatuan

    • Persatuan Bekas Pelajar Idrisiah ((P.B.P.I)), Madrasah idrisiah, 33000 Bukit Chandan,Kuala Kangsar
    • Koperasi Gabongan PPPK Kuala Kangsar Bhd, 48B, Jalan Dato Sagor, 33000 Kuala Kangsar
    • Koperasi Gabongan PPPK Kuala Kangsar Bhd, No. 94, Tingkat 2, Jalan Kangsar, 33000 Kuala Kangsar
    • Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Bhd, No. 88, Tingkat 3, Jalan Kangsar, 33000 Kuala Kangsar
    • Koperasi Peniaga & Penjaja Daerah Kuala Kangsar Bhd, Tingkat 1, Pej Kop Peniaga & Penjaja, 33040 Kuala Kangsar
    • Syarikat Guru-Guru Melayu K Kangsar & Hulu Perak, K3, Bandar Baru, 33000 Kuala Kangsar
    • Syarikat Guru-Guru Melayu K Kangsar & Hulu Perak, No. 67, Jalan Kangsar, 33000 Kuala Kangsar
    • Persatuan Kwang Tung Kuala Kangsar, No. 393, 2nd Floor, Jalan Stesyen, 33000 Kuala Kangsar
    • Persatuan Murid-Murid Tua Kolej Melayu Kuala Kangsar, No. 42, 4th Floor, Mcoba, Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur
    • Persatuan Pemborong Bumiputera Kuala Kangsar, 68A, Bangunan Rsb, Jalan Dato Maharaja Lela, 33000 Kuala Kangsar

    Bank

    Makanan dan Restoran

    • The Gate Café[1]
    • Bistro In Town[2]

    Rujukan

    1. PEACY (2009) The Gate Cafe @ Kuala Kangsar, Perak [WWW] Malaysia Most Wanted Food. Didapati daripada: http://food.malaysiamostwanted.com/venues/the-gate-cafe. [Diakses 23/06/2010].
    2. WIKI STREET FOOD (2010), Perak:Bistro_In_Town. [Dalam Talian]. Didapati daripada: http://www.wikistreetfood.com/Perak:Bistro_In_Town. [Diakses 23/06/2010].

    Pautan luar