Perhatian kepada semua pengunjung blog kem ini

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Selamat Datang di ucapkan kepada semua pengunjung laman blog Kem PLKN Tangkas Kendiri Kuala kangsar. Blog kem ini diwujudkan untuk memberi input-input berkaitan Program Latihan Khidmat Negara. Untuk makluman, kem ini telah telah beroperasi sejak tahun 2009 hingga kini telah melaksanakan latihan kepada 6 kumpulan yang mana setiap siri pengambilan dilaksanakan sebanyak 3 kumpulan yang disertai seramai hampir 1200 peserta bagi tiap siri / tahun pengambilan dan segala maklumat yang telah dikongsi dan dipaparkan disini adalah terhad dan sekadar untuk pengetahuan umum sahaja.sekian terima kasih - blogger tangkas kendiri

Latar Belakang

Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 30 Oktober 2002 telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Khidmat Negara yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan untuk mengkaji perkara-perkara berkaitan perundangan, kurikulum, kemudahan-kemudahan dan peruntukan kewangan yang diperlukan bagi perlaksanaan Program Latihan Khidmat Negara.

Kumpulan sasaran yang telah dikenalpasti untuk menyertai program ini adalah terdiri daripada remaja yang lahir pada tahun 1986 atau lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berumur 18 tahun pada tahun 2004.

Adalah dianggarkan terdapat seramai 450,000 orang golongan remaja dalam lingkungan usia ini untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Walau bagaimanapun, oleh kerana kemudahan-kemudahan infrastruktur yang diperlukan tidak mencukupi, maka buat permulaan dianggarkan hanya seramai 84,000 orang peserta sahaja yang akan dipilih untuk mengikuti program ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan