Perhatian kepada semua pengunjung blog kem ini

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Selamat Datang di ucapkan kepada semua pengunjung laman blog Kem PLKN Tangkas Kendiri Kuala kangsar. Blog kem ini diwujudkan untuk memberi input-input berkaitan Program Latihan Khidmat Negara. Untuk makluman, kem ini telah telah beroperasi sejak tahun 2009 hingga kini telah melaksanakan latihan kepada 6 kumpulan yang mana setiap siri pengambilan dilaksanakan sebanyak 3 kumpulan yang disertai seramai hampir 1200 peserta bagi tiap siri / tahun pengambilan dan segala maklumat yang telah dikongsi dan dipaparkan disini adalah terhad dan sekadar untuk pengetahuan umum sahaja.sekian terima kasih - blogger tangkas kendiri

Program Latihan Khidmat Negara

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib bagi sesetengah daripada mereka yang baru menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia. Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga dan tidak mengikut mana-mana model daripada luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia.

Pada setiap tahun, 24% daripada remaja yang akan berumur 18 tahun pada tahun latihan mereka dipilih untuk menyertai PLKN ini. Namun mereka yang bermasalah tertentu boleh memohon untuk ditangguhkan atau dikecualikan untuk PLKN ini.

Sebuah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kerahan Tenaga telah dibentuk dalam Mesyuarat Kabinet pada 30 Oktober 2002 untuk mengkaji keperluan pelaksanaan Kerahan Tenaga ini. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan dan dianggotai oleh 7 Menteri, seorang Penasihat Perdana Menteri yang bertaraf Menteri dan 5 Timbalan Menteri.

Di dalam mesyuarat pertama pada 12 November 2002, Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kerahan Tenaga telah menerima pengunaan istilah Khidmat Negara bagi menggantikan istilah Kerahan Tenaga. Jawatankuasa Kabinet Mengenai Khidmat Negara (JKMKN) telah menubuhkan 4 buah Jawatankuasa Kecil iaitu Jawatankuasa Kecil Kewangan, Jawatankuasa Kurikulum, Jawatankuasa Undang-Undang dan Jawatankuasa Logistik bagi membantu jawatankuasa ini menyediakan perancangan dan menyelaraskan keperluan pelaksanaan Program Khidmat Negara.

Kabinet pada 28 Mei 2003 telah meluluskan cadangan pelaksanaan Program Khidmat Negara dan Akta Latihan Khidmat Negara 2003. Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta Latihan Khidmat Negara pada 25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini pada 7 Julai 2003.

Kebaikan Menyertai Program Latihan Khidmat Negara


1. Apakah Maksud Khidmat Negara?

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah satu program pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah Kerahan Tenaga dan tidak mengikut mana-mana model daripada luar kerana dilaksanakan ala Malaysia berteraskan tiga modul utama.

2. Apakah struktur latihan dan peratusan latihan Khidmat Negara?

Struktur Latihan Khidmat Negara ialah 20% latihan asas Ketenteraan, Meliputi aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, reppeiling dan abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.

40% elemen Kenegaraan/ Pembentukan watak ,Meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.

40% elemen Khidmat Masyarakat, Meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya.
Apakah tindakan yang akan dikenakan jika seseorang yang terpilih menyertai Khidmat Negara tetapi tidak menyertainya?

Kegagalan menghadiri Latihan Khidmat Negara boleh dikenakan hukuman penjara 6 bulan atau denda sebanyak RM 3,000 atau kedua-duanya sekali.

4. Kebaikan menjalani Khidmat Negara terhadap individu?

Kebaikan menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah terletak kepada modulnya yang menekankan corak 3 jenis latihan iaitu:

20% latihan asas ketenteraan, Meliputi aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, reppeiling dan abseiling latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.

40% elemen Kenegaraan/ Pembentukan watak, meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.

40% elemen Khidmat Masyarakat, Meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya

Latihan asas ketenteraan misalnya dapat membentuk tahap disiplin yang lebih baik kepada setiap peserta PLKN melalui program-program yang telah dirancang.

Para peserta perlu melihat aspek positif perlaksanaan PLKN kerana ia diadakan didalam suasana yang ceria, tidak terlalu menekankan aktiviti pembelajaran kelas, lebih bersifat riadah yang dapat mengelakkan aktiviti tidak sihat, dapat memupuk perpaduan melalui percampuran kaum, meluaskan pengetahuan mengenai Negara melalui elemen sejarah dan sebagainya.