Perhatian kepada semua pengunjung blog kem ini
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Selamat Datang di ucapkan kepada semua pengunjung laman blog Kem PLKN Tangkas Kendiri Kuala kangsar. Blog kem ini diwujudkan untuk memberi input-input berkaitan Program Latihan Khidmat Negara. Untuk makluman, kem ini telah telah beroperasi sejak tahun 2009 hingga kini telah melaksanakan latihan kepada 6 kumpulan yang mana setiap siri pengambilan dilaksanakan sebanyak 3 kumpulan yang disertai seramai hampir 1200 peserta bagi tiap siri / tahun pengambilan dan segala maklumat yang telah dikongsi dan dipaparkan disini adalah terhad dan sekadar untuk pengetahuan umum sahaja.sekian terima kasih - blogger tangkas kendiri
Bicara Ketua Pengarah
PERUTUSAN KETUA PENGARAH JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA
Y.BHG DATO’ HJ. ABDUL HADI BIN AWANG KECHIL
Assalamualaikum w.b.t dan salam mesra,
Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat melayari Portal Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara(JLKN), Kementerian Pertahanan yang baru sahaja melalui proses rebranding. Dengan adanya transformasi ini diharap ianya mampu menjadi perantara kepada orang ramai yang ingin berurusan dengan JLKN.
Sejajar dengan perkembangan dunia ICT yang semakin meluas di kalangan rakyat Malaysia, maklumat yang ingin disampaikan perlulah padat dan berinformasi. Untuk itu, JLKN telah menyediakan beberapa aplikasi yang boleh memberi khidmat secara online seperti semakan nama pelatih, sistem aduan dan muat turun borang. Beberapa aplikasi interaktif seperti video, kapsul dan lagu PLKN turut di muatkan bagi menjadikan portal ini lebih menarik dan interaktif.
Selain itu, portal ini turut menyediakan pelan lokasi dan google map kem-kem PLKN di seluruh Negara bagi memudahkan para ibu bapa serta penjaga mengetahui dengan jelas di mana anak-anak mereka berada. Ibu bapa juga boleh melihat modul-modul, kemudahan-kemudahan, elemen-elemen latihan serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pelatih PLKN di dalam kem.
Akhir kata, dengan adanya portal ini diharapkan pelayar dapat memanfaatkannya sebaik mungkin. JLKN juga mengalu-alukan pandangan dan maklum balas yang membina untuk memantapkan lagi pengurusan maklumat dan kemudahan yang disediakan ini. Selamat melayari portal JLKN.
Dato’ Abdul Hadi Bin Awang Kechil
Ketua Pengarah
Jabatan Latihan Khidmat Negara.

Langgan:
Catatan (Atom)